Resepi Ayam Tiga Budak Gemok
Belum pernah merasa Ayam Masak Kicap yang benar-benar memukau? Anda perlu mencuba versi istimewa ala 3 Budak Gemok ini yang pasti akan membuatkan anda mengidam lagi dan lagi!
Resepi Ayam Masak Kicap ala 3 Budak Gemok yang anda mesti cuba, pasti terangkat!
Anda tak akan percaya betapa mudahnya nak buat Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok yang sedap ini! Hari tu, saya cuba masak ayam kicap guna resepi yang biasa-biasa sahaja, tapi rasa macam tak kena je. Alhamdulillah, bila cuba resepi Ayam Kicap Ala 3 Budak Gemok ni, hasilnya memang luar biasa! Ayamnya garing kat luar, lembut kat dalam, dan kuah kicapnya pekat berperisa, memang kena dengan selera kita. Tak cukup dengan tu, ada Sambal Gesek yang padu, sampai menambah-nambah nasi dibuatnya! Serius, kalau tak cuba resepi ni, memang rugi. Jangan terkejut bila hidangan ni jadi kegemaran sekeluarga!
Voucher Suri Rumah B40 & M40 Shopee
Ayam masak kicap adalah hidangan klasik yang sering menjadi pilihan ramai di Malaysia. Ayam masak kicap menggabungkan rasa manis dan masin dari kicap, yang menjadikan setiap gigitan begitu memuaskan.
Dalam penyediaan ayam masak kicap, penggunaan bahan-bahan segar seperti bawang besar, bawang putih, dan halia adalah kunci untuk menghasilkan rasa yang autentik.
Rempah-ratus seperti kayu manis dan bunga lawang turut ditambah untuk memperkayakan aroma dan rasa hidangan ini. Selain itu, penggunaan kicap manis dan kicap masin dalam kuantiti yang betul adalah rahsia kelezatan ayam masak kicap.
Bagi mereka yang baru belajar memasak, jangan risau kerana ayam masak kicap ini mudah disediakan dan tidak memerlukan masa yang lama.
Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah yang betul dan pastikan ayam dimasak sehingga empuk dan kicap meresap sempurna ke dalam daging. Pastikan juga api dikawal dengan baik untuk mengelakkan bahan-bahan daripada hangus.
Hidangan ayam masak kicap ini bukan sahaja lazat, tetapi juga kaya dengan kenangan dan tradisi. Setiap keluarga mungkin mempunyai cara tersendiri dalam menyediakan hidangan ini, menjadikannya unik dan istimewa.
Baru- baru ni SA dan Pak Zain xde selera makan..Pak Zain ada beli ayam bahagian whole leg tu dalam 3 keping. Pak Zain ada mintak SA buat ayam goreng kicap. SA nak bagi Pak Zain berselera makan, cuba la cari resepi dan jumpa resepi ni..kalau ikut biasa SA masak cincai- cincai aje..tapi kali ni cuba la resepi orang lain..Ayam masak kicap bukan semata mata tuang kicap je dan tak pernah la SA curah kicap aje selama ni..bahan2 lain jugak main peranan untuk dapatkan rasa yg sedap kan...
Jom tengok resepi dan bahan yang SA guna ikut orang lain punya masakan...dan ternyata mudah serta sedap ye..Bahagian paling sedap buat masak kicap adalah kepak, paha dan thigh.
RESEPI AYAM MASAK KICAP
1/2 ekor ayam gaul dgn garam n kunyit (goreng)
1 biji Bwg merah (hiris)
2 ulas Bwg putih (ketuk)
tumbuk @ blend 1 bwg merah, 1 biji bwg putih & halia..
1 sudu rempah kari daging (optional)
4 sudu kicap lemak manis
1/2 cwn air (if nk berkuah letak lebih skit)
Bwg besar potong bulat
Ubi kentang (goreng dulu)
Tumis bwg merah, bwg putih, halia & serai hingga kekuningan.. Masukkn bwg2 n halia yg ditumbuk hingga bau wangi.. Masuk cili kisar & rempah.. Masak hingga pecah myk.. masukkan sos cili, sos tiram, kicap abc, kicap pekat & kicap lemak manis.. kacau2 (boleh masukkan bawang besar potong bulat..
masukkan ayam goreng... gaul sebati
nampak pekat sgt masukkan air... dah masak.. tabur cili padi
dgn daun sup & daun bwg
*tak perlu letak bahan perasa sbb kicap2 n sos dh cukup manis n masin..
Kredit : Mami Mirza FB
Ayam Masak Kicap ialah hidangan yang disediakan dengan memasak ayam ke dalam kuah kicap berperisa. Ia adalah hidangan serbaguna yang boleh dinikmati sendiri dengan nasi, atau dimasukkan ke dalam hidangan lain seperti mi.
Resepi Ayam Masak Kicap ini adalah hidangan masyarakat Melayu yang terdapat di Malaysia. Ia selalunya digoreng terlebih dahulu sebelum direneh di dalam kicap manis yang lazat, paling enak dihidangkan bersama nasi kukus dan ulam-ulaman bersama sambal.